Tip-Tip Berguna untuk Online Dating

Setiap tahun ribuan orang bertemu dengan pasangan mereka melalui laman web kami dan menikmati pengalaman berdating yang tidak bermasalah. Sila luangkan masa untuk meneliti tip-tip Keselamatan Semasa Berdating kami untuk memastikan pengalaman anda adalah selamat dan memuaskan.

Untuk bermula

Laman kami membolehkan anda tampil secara tanpa nama kepada pengguna lain sehingga anda rasa bersedia untuk memberikan maklumat hubungan anda kepada pengguna lain.

Jangan sesekali memasukkan maklumat hubungan peribadi anda dalam profil anda, terutamanya nombor telefon, e-mel, alamat rumah atau nama keluarga anda.

Hanya berikan maklumat hubungan anda kepada pengguna lain apabila naluri anda mengatakan bahawa mereka ialah seseorang yang boleh anda percayai.

Cipta satu akaun e-mel yang khusus untuk online dating. Ini akan memudahkan anda untuk mengkuarantin sebarang e-mel yang tidak diingini.

Pastikan kata laluan anda sentiasa dirahsiakan dan pastikan ia tidak mudah untuk diteka. Pilih kata laluan yang unik untuk online dating yang anda tidak gunakan di tempat lain.

Mengelakkan masalah

Bertanya banyak soalan apabila berkomunikasi dan berjaga-jaga jika terdapat percanggahan atau permintaan untuk wang. Catatkan nota jika anda berasa curiga tentang sesuatu.

Jika anda berasa curiga tentang seseorang atau jika seseorang itu meminta wang daripada anda, gunakan akal fikiran dan kemudian laporkan situasi tersebut kepada kami dengan menggunakan ikon "Report Abuse" (Lapor Penyalahgunaan) yang terdapat pada profil ahli atau dengan menggunakan borang permintaan sokongan dalam talian.

Kami tidak mengesahkan identiti ahli-ahli kami atau maklumat yang mereka letak pada profil mereka. Walaupun kami mengambil langkah-langkah untuk menyingkirkan mana-mana ahli yang mencurigakan, kami tidak boleh berasa 100% yakin bahawa semua ahli akan berlaku jujur dan benar dalam urusan mereka dengan ahli lain. Berjaga-jaga dan gunakan akal fikiran apabila berkomunikasi dengan ahli lain.

JANGAN sesekali menghantar wang kepada sesiapa yang anda temui dalam talian, tetapi belum lagi berjumpa secara bersemuka.

Sebelum anda berjumpa

Ketahui seberapa banyak yang mungkin tentang orang yang anda berkomunikasi sebelum anda berjumpa dengan mereka secara bersemuka. Berkomunikasi secara menyeluruh dengan menggunakan e-mel, mesej segera atau bualan sebelum menelefon orang tersebut. Jangan dedahkan nombor telefon anda atau maklumat hubungan peribadi sehingga anda berasa selesa untuk berbuat demikian.

Cuba minta beberapa foto orang yang sedang berkomunikasi dengan anda. Minta untuk melihat foto orang tersebut dalam pelbagai situasi pada masa yang berlainan dalam kehidupan mereka. Ini akan membantu 'memberi gambaran' tentang orang tersebut dan boleh membantu anda untuk memahami dengan lebih mendalam tentang orang tersebut.

Apabila anda memutuskan untuk berjumpa secara bersemuka, pilih tempat awam dan beritahu seorang rakan ke mana anda akan pergi.

Beritahu mereka bila anda akan kembali daripada temu janji tersebut.

Semasa berdating

Luangkan masa anda untuk mengenali orang tersebut. Melangkah satu demi satu pada sesuatu masa, mengikut keselesaan anda.

Jika anda berdating dengan orang yang tinggal di negara asing, sentiasa peka terhadap perbezaan budaya dan luangkan masa untuk mempelajari budaya dan memahami jangkaan pihak yang lain tentang hubungan tersebut. Luangkan masa bersama seberapa banyak yang mungkin untuk mengenali orang tersebut, jangan hanya bergantung pada e-mel dan mesej segera.

Meluangkan masa tambahan untuk mengenali seseorang sebelum sesuatu perkara menjadi serius akan membantu anda mengelakkan kesilapan yang besar.

Sebelum anda bertunang

Setiap tahun ratusan orang di laman web kami bertemu pasangan mereka dan menjalani kehidupan yang bahagia dan penuh kasih sayang bersama. Sebelum anda bertunang, luangkan masa untuk mempertimbangkan perkara yang boleh mendatangkan masalah dan ketahui hak anda.

Perkahwinan ialah satu daripada keputusan yang paling penting dalam kehidupan anda dan bukankah sesuatu yang harus dilakukan secara tergesa-gesa.

Pastikan anda mengetahui seberapa banyak yang mungkin tentang pasangan anda sebelum bertunang.

Kenali rakan-rakan dan keluarga pasangan anda: di sesetengah negara apabila anda mengahwini seseorang, anda juga “berkahwin” dengan keluarga mereka.

Jika anda akan bertunang dengan seseorang dari negara lain, maka anda haruslah mengambil langkah-langkah tambahan untuk membiasakan diri anda dengan hak-hak anda berkenaan keganasan rumah tangga, penderaan dan perceraian di negara pasangan anda. Banyak negara termasuk Amerika Syarikat, Australia dsb. mempunyai undang-undang yang melindungi status visa wanita asing yang bernasib malang untuk berkahwin atau bertunang dengan pasangan yang mendera atau yang berkelakuan ganas. Ini bermakna anda biasanya boleh meminta bantuan untuk masalah yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga di samping mengekalkan hak undang-undang anda untuk terus berada di negara tersebut.

Sekiranya berlaku perceraian, mahkamah di banyak negara seperti Amerika Syarikat, UK, Australia dsb. akan mempertimbangkan pengagihan semua aset perkahwinan berdasarkan pelbagai faktor. Oleh itu, anda harus mempertimbangkan bagaimana ia akan memberi kesan kepada anda sekiranya berlaku perceraian.

Untuk maklumat lanjut tentang keselamatan semasa berdating, sila lawati laman berikut:

Cupid Media, Logo Cupid Media dan MalaysianCupid.com adalah tanda dagangan berdaftar Ecom Holdings Pty Ltd dan digunakan dengan keizinan oleh Cupid Media Pty Ltd